nuffnang ads

<-- nuffnang -->

Tuesday, April 19, 2011

Sepasang busana milik pn ruhila afzan untuk dikongsi bersama. Baju kurung pahang dari kain sutera crepe bermotifkan bunga mawar di bahagian hadapan baju. Bahagian hadapan baju dan hujung tangan akan diperincikan dengan hiasan manik untuk membangkitkan seri pada busana.
Dari sekuntum bunga ke sekuntum bunga saya rantaikan dengan manik mengikut tona warna pada bunga mawar. Setiap kelopak bunga mawar juga dibangkitkan dengan kilauan dengan perincian dari manik tona merah jambu dan putih serta kuning keemasan dan putih. Helaian demi helaian daun dirantaikan juga dengan gabungan manik dari tona hijau dan putih di seluruh urat daun menjadikan helaian daun lebih terserlah.
Setelah ditatariaskan dengan perincian butiran manik, keserlahanan pada jambangan bunga mawar di hadapan baju tidak perlu dihuraikan lagi.
Pada bahagian tangan pula digabungkan gemstone dan manik yang membentuk 3 kelopak bunga dan dirantaikan dengan simpulan manik dari tona kuning keemasan.
Busana ini telah pun bertukar tangan kepada pemilik sebelum Ramadhan menjelang. Ternyata pemilik busana berpuashati dengan perincian manik yang telah dihasilkan.

0 luahan rasa:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment