nuffnang ads

<-- nuffnang -->

Wednesday, September 21, 2011

karl olio milik Pn. Rahmatun

Busana yang diterima dari Seri Kembangan milik salah seorang 'follower' dari fb yang tidak dikenali...alhamdulillah...kepercayaan yang diberikan tidak akan saya persiakan...Busana dari material kosong jenis chiffon lembut dengan warna ungu lembut diberikan sentuhan dari lace yang pertama kali ditatariaskan untuk customer... Alhamdulillah terhasil juga hasil sentuhan lace dengan gabungan manik dan labuci pertama dari saya. Manik dari pelbagai tona menghiasi busana di pergelangan tangan. Selain itu, labuci dari tona ungu sederhana terang dan merah ungu yang digabungkan bersama labuci dari tona putih menghiasi lakaran bunga untuk lebih menyerlah. Busana ini yang hanya sempat diberi sentuhan pada bahagian tangan kerana kesuntukan masa memandangkan penghantaran yang diterima pada pertengahan ramadhan menghalang saya untuk memberikan lebih perhatian...Alhamdulillah busana ini telah pun selamat sampai pada pemiliknya Pn. Rahmatun yang telah diposkan pada hari terakhir penerimaan pos oleh Pos Malaysia...saya sangat berbesar hati setelah hasil sentuhan saya memenuhi hasrat hati pemiliknya....semoga bertambah seri di hari lebaran....

sofiyya

Busana dari 2 gabungan tona ungu dan hijau ditatariaskan dengan sofiyya dengan bermotifkan tona ungu dengan lakaran yang digabungkan dengan 2 tona biru dan ungu bagi menaikkan corak sulaman manik...sebenarnya busana ini milik puteri remaja yang dihantar bersama busana bondanya untuk diberi sentuhan sempena syawal yang menjelma...semoga bergembiran di hari lebaran...

sofiyya

Busana yang diterima dari salah seorang saudara untuk menatariaskan busana milik pelanggannya yang akan dipakai pada pagi syawal...Busana dari kain lembut dengan tona yang agak gelap memerlukan penelitian untuk menyerlahkan corak jahitan pada busana...Oleh yang demikian saya telah memilih tona merah bagi motif bunga yang akan menaikkan seri sulaman pada busana. Manik dari tona kuning emas dan merah digabungkan sebagai lakaran pada sulaman...semoga pemilik busana menggemari hasil sentuhan yang tak seberapa ini...

sofiyya milik mazalifah

Busana dari jenis kain kosong dengan tona merah hati diberikan pada saat-saat akhir dari bekas teman sepejabat...mulanya saya menolak kerana kesuntukan masa memandangkan masih ada lagi busana yang menunggu giliran untuk diberikan sentuhan. Namun desakan untuk menatariaskan busana milik mazalifah dan puterinya memandangkan busana kosong yang hanya dijahit manik tali air pada bahagian leher sahaja..menyebabkan saya tidak sampai hati hendak menolaknya...hanya Sofiyya yang semoat dijahit untuk diserlahkan pada pagi syawal yang menjelma...

busana syawal....

Busana yang diterima dari pelanggan yang telah memberikan kepercayaan untuk diberi sentuhan pada kebanyakan busana miliknya. Kali ini busana yang akan digayakan pada pagi syawal dipilih dari tona hitam dari material chiffon. Material nipis yang perlukan kesabaran dan ketelitian dalam menyulam manik untuk hasil yang kemas. Pemilik busana inginkan kuntuman bunga yang agak besar agar lebih menyerlah. Mulanya sulaman pada bahagian tangan dan leher baju namun ditukar ke bahagian bawah baju. Dengan lakaran corak sulaman saya sulamkan manik dengan bermotifkan bunga dari batu acrylic tona kuning lembut bagi menampakkan kelainan dari biasa yang menggunakan tona putih...Bunga yang digabungkan dengan tona kuning emas dan putih...dihiasi dengan dedaun kecil dari 2 tona hijau...Juntaian yang melakari corak dari tona silver dan kuning emas...semoga berbahagia di pagi lebaran bersama keluarga tersayang

manik tabur untuk zalina

Busana raya milik teman sekerja diberi sentuhan manik tabur dengan bunga dari batu acrylic..material lembut dengan tona hijau muda muda diminta oleh tuan empunya busana untuk ditaburi manik dan saya yang menggabungkan 3 tona hijau, putih, kuning emas dan pink bagi menyerlahkan taburan manik pada busana...semoga bertambah seri zalina di pagi syawal bersama keluarga tersayang...

alia maisara

Busana kurung pahang dari material cotton ini diserahkan dari teman sepejabat untuk diberi sentuhan manik dan batu acrylic...saya jahitkan bunga dari tona yang sama iaitu biru laut dan digabungkan dengan tona putih bagi menaikkan corak jahitan... alia maisara...

Wednesday, June 22, 2011

Qalisha

Busana milik teman sekerja ini saya designkan agar bersesuaian dengan padanan corak pada kain batik. Warna yang digunakan agak lembut memandakangkan tuan empunya busana ini gemar pada warna yang sederhana...

Crumble

Ini adalah crumble pertama saya sebagai percubaan...agak lama jugak untuk disiapkan memandangkan ada tempahan di kala menyiapkan crumble ini...masih banyak yang perlu diperbaiki lagi...

Nylea & highlight bunga

Busana milik Siti Mariam untuk persalinan pernikahan bersama pasangan sejiwa Mohd Khairi...selamat melayari bahtera perkahwinan...busana dari jenis sutera ini saya serlahkan di bahagian bunga dengan kilauan manik bagi menyerlahkan seri pengantin. Manakala di bahagian tangan pula saya designkan NYLEA dengan warna yang agak terang untuk dipadankan dengan warna busana ini yang sememangnya terang...alhamdulillah...sekarang ni pemilik busana ini telahpun berbadan dua..semoga selamat hendaknya...Amin...

anabella

Busana yang dinamakan ANABELLA ini adalah milik hidayah salah seorang customer yang berkenan sangat dengan manik tabur...sebenarnya busana ini adalah persalinan untuk hari raya haji tahun lepas..baru sekarang berkesempatan untuk berkongsi dengan semua pengunjung faheems collections. Mulanya manik tabur hanya di bahagian tangan saja..bila dah siap..tuan empunya busana ini suruh saya hiaskan pulak di bahagian leher...supaya lebih menyerlah memandangkan busana dari jenis kain chiffon plain....

afryna

Busana milik teman sekerja telah saya hiaskan dengan bunga batu permata di bahagian tangan.Beliau yang menggemari design yang sederhana dan tidak terlalu menyerlah untuk digayakan ke pejabat.

manik tabur dan bunga labuci

Busana milik hidayah yang sangat berminat dengan design manik tabur.Hampir setiap kali tempahan pastinya manik tabur...cuma kali ini saya berikan sedikit kelainan dalam design manik tabur yang selalunya digabungkan dengan kilauan batu tapi kali ini digabungkan pula dengan bunga labuci...sebenarnya busana ini adalah hadiah dari saya kepadanya...alhamdulillah surprise saya menjadi...kredit untuk hidayah sebab salah sau regular customer saya...

dylea

Thursday, June 2, 2011

Busana milik ofismate yang dihiasi dengan bunga manik di bahagian badan dan tangan.Dua pasang persalinan yang sama diserahkan milik si ibu dan anak yang saya namakan design sebagai nylea dan dylea.Busana ini telah pun digayakan pada syawal tahun lepas...namun kesibukan menjadi penghalang untuk busana ini dikongsi bersama...

Sunday, May 15, 2011

chenta untuk pn sri azrah

Tuesday, April 19, 2011

Busana milik teman sekerja terdahulu sri azrah diserahkan untuk ditatariaskan dengan perincian manik.
Baju kurung bermotifkan jambangan bunga di bahagian hadapan baju. Busana ini diserahkan sepenuhnya untuk dihiaskan mengikut kreativiti saya.
Tona baju bertemakan ungu merah dan kelabu. Setiap kelopak bunga diperincikan dengan rantaian manik mengikut tona bunga.
Di setiap kelopak bunga ungu merah diperincikan dengan rantaian manik tona merah jambu terang dan putih. Manakala di setiap kelopak bunga kuning diperincikan pula dengan rantaian manik bermotifkan tona coklat keemasan dan putih. Helaian demi helaian daun dan batangnya yang bertona kelabu saya perincikan dengan kilauan manik dari tona silver.
Sedikit konsep mini crumble diselitkan pada bahagian tangan baju dengan mutiara ungu merah dan kelabu sedondon dengan tona baju.Add a captionBusana milik teman sekerja terdahulu sri azrah diserahkan untuk ditatariaskan dengan perincian manik.

Sedikit konsep mini crumble diselitkan pada bahagian tangan baju dengan mutiara ungu merah dan kelabu sedondon dengan tona baju.

Tempahan ini diterima milik pelanggan dari negeri Jelapang Padi. Dikirimkan oleh ayahanda beliau dari negeri Terengganu Darul Iman. Dihantar terus ke tangan saya dari sana.
Busana kurung pahang yang bermotifkan bunga di bahagian hadapan baju seakan-akan taman bunga mini hanya perlu di"highlight"kan pada bunganya. Corak bunga yang memenuhi bahagian hadapan dengan 2 tona yang berbeza. Semuanya diserahkan sepenuhnya oleh pemilik busana untuk disulamkan mengikut kreativiti saya. Busana ini dikirimkan terus kepada saya tanpa melalui tuan punya busana.
Busana ini dicetak dengan 2 tona iaitu biru dan pink. Jadi saya telah memilih untuk menyerlahkan warna pink bagi rekaan kali ini. Untuk highlight, saya gabungkan manik warna pink dan putih agar corak bunga ini lebih menyerlah. Di bahagian dalam kelopak bunga pula saya timbulkan dengan taburan manik dan labuci dari tona yang sama.
Di bahagian tangan baju pula telah dijahitkan dengan sulaman kerawang Oleh itu, saya hanya perlu serlahkan dengan kilauan manik dan labuci manakala pada paras siku dihiaskan dengan pintalan manik agar lebih menyerlah.
Sebenarnya busana ini telah lama disiapkan cuma masa yang cemburu menjadi penghalang untuk busana ini dikongsi bersama.

Sepasang busana milik pn ruhila afzan untuk dikongsi bersama. Baju kurung pahang dari kain sutera crepe bermotifkan bunga mawar di bahagian hadapan baju. Bahagian hadapan baju dan hujung tangan akan diperincikan dengan hiasan manik untuk membangkitkan seri pada busana.
Dari sekuntum bunga ke sekuntum bunga saya rantaikan dengan manik mengikut tona warna pada bunga mawar. Setiap kelopak bunga mawar juga dibangkitkan dengan kilauan dengan perincian dari manik tona merah jambu dan putih serta kuning keemasan dan putih. Helaian demi helaian daun dirantaikan juga dengan gabungan manik dari tona hijau dan putih di seluruh urat daun menjadikan helaian daun lebih terserlah.
Setelah ditatariaskan dengan perincian butiran manik, keserlahanan pada jambangan bunga mawar di hadapan baju tidak perlu dihuraikan lagi.
Pada bahagian tangan pula digabungkan gemstone dan manik yang membentuk 3 kelopak bunga dan dirantaikan dengan simpulan manik dari tona kuning keemasan.
Busana ini telah pun bertukar tangan kepada pemilik sebelum Ramadhan menjelang. Ternyata pemilik busana berpuashati dengan perincian manik yang telah dihasilkan.