nuffnang ads

<-- nuffnang -->

Tuesday, April 19, 2011

Tempahan ini diterima milik pelanggan dari negeri Jelapang Padi. Dikirimkan oleh ayahanda beliau dari negeri Terengganu Darul Iman. Dihantar terus ke tangan saya dari sana.
Busana kurung pahang yang bermotifkan bunga di bahagian hadapan baju seakan-akan taman bunga mini hanya perlu di"highlight"kan pada bunganya. Corak bunga yang memenuhi bahagian hadapan dengan 2 tona yang berbeza. Semuanya diserahkan sepenuhnya oleh pemilik busana untuk disulamkan mengikut kreativiti saya. Busana ini dikirimkan terus kepada saya tanpa melalui tuan punya busana.
Busana ini dicetak dengan 2 tona iaitu biru dan pink. Jadi saya telah memilih untuk menyerlahkan warna pink bagi rekaan kali ini. Untuk highlight, saya gabungkan manik warna pink dan putih agar corak bunga ini lebih menyerlah. Di bahagian dalam kelopak bunga pula saya timbulkan dengan taburan manik dan labuci dari tona yang sama.
Di bahagian tangan baju pula telah dijahitkan dengan sulaman kerawang Oleh itu, saya hanya perlu serlahkan dengan kilauan manik dan labuci manakala pada paras siku dihiaskan dengan pintalan manik agar lebih menyerlah.
Sebenarnya busana ini telah lama disiapkan cuma masa yang cemburu menjadi penghalang untuk busana ini dikongsi bersama.

0 luahan rasa:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment